Setiap perkara yang dilakukan oleh kita tidak dapat lari dari apa yang telah kita niatkan di dalam hati. Niat adalah penyebab terbitnya segala perlakuan dan tingkahlaku manusia. samaada kita sedar tentang kebaikan apa yang kita hendak lakukan ataupun kita tidak sedar keburukannya. Niat banyak bergantung pada adat kebiasaan . Mang telah dilakukan. Ataupun mereka hanya meniru apa yang telah dilakukan . Golongan ini juga tidak banyak menggunakan akal mereka untuk membuat sesuautu yang boleh orang lainereka jenis ini tidak banyak berfikir ,mereka hanya mengikut rutin kebiasaan yadalah hasil dari apa yang ada di dalam hati iataru. Namun apabila kita melihat semula apa yang kita niatkan, sebenarnya ini memberikan suatu nafas baru kepada cara kita berfikir.Biasanya kita akan melakukan perkara yang sedikit berbeza atau berbeza dengan orang lain. Ini menunjukkan bahawa niat amat mempengaruhi cara kita bertindak. Melakukkan sesuautu perkara dengan niat yang betul dan ikhlas akan menyebabkan kita diberikan keberkatan dalam apa yang kita usahakan.
Perlakuan atau tindakan itu mengikut apa yang diniatkan samaada perkara itu mendatangkan kebajikan dan manafaat diri atau sebaliknya. Di dalam Islam niat adalah suatu perkara yang dinilai oleh Allah SW. lebih-lebih lagi apabila hendak melakukan ibadah dan ketaatan kepadanya ia menjadi lebih dituntut untuk mengikhlaskan niatnya kepada Allah semata-mata. Orang -orang yang hampir kepada Allah selalunya menjaga niat mereka sebelum melakukan sesuatu tindakan. Mereka hanya menuntut keredhaan Allah semata-mata. Jika terlintas sesuatu niat yang tidak baik ,mereka menganggap itu suatu dosa kepada Allah dan mereka segera bertaubat.
Islam memandang tinggi mereka yang berniat dengan ikhlas. Keikhlasan adalah suatu yang tidak dilihat atau rasa oleh orang lain melainkan diri sendiri. Oleh itu Na
pernah menyatakan perkara ini supaya kita berhati-hati dalam berniat.
Dari Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah saw,bersabda: Sesungguhnya Allah tidak melihat bentuk badan dan rupa kamu, tetapi memperhatikan niat dan keikhlasan hatimu.(Muslim)
Hadis:
Abu Musa(Abdullah) Bin Qais Al-Asj`ary r.a. berkata: Rasulullah saw ditanya tentang orang yang berperang kerana keberanian, dan kerana kebangsaan atau kerana kedudukan , yang manakah di antara semua itu yang dapat disebut fisabilillah?Jawab Nabi: Sesiapa yang berperang semata-mata untuk menegakkan kalimah Allah (agama Allah), maka itulah fisabilillah.(Bukhari,Muslim)
Niat yang letaknya di dalam hati ,tidak ada seorang pun manusia yang dapat mengetahui niat sesaorang melainkan Allah sahaja yang mengetahuinya.Melalui niat inilah Allah memperhitungkan amalan yang dilakukan dan dibalasinya, Jika sesuatu perbuatan itu atau amalan itu dilakukan dengan niat selain dari mendapat keredhaanNya atau ketaqwaan kepadaNya nescaya segala amalan itu tidak diberikan balasan olehnya. seperti sesuatu amaln itu dibuat dengan niat untuk mendapat pujian dari orang lain walaupun ia lakukan mengikut syarak sekalipun, contohnya mendermakan harta kepada fakir miskin. Orang yang demikian di hari akhirat kelak Allah akan perintahkan untuk mendapatkan balasan pahala dari orang yang dipertunjukkan itu semasa ia melakukan perbuatan itu.
Oleh itu kita hendaklah sentiasa berwaspada dengan niat yang ada di dalam hati kita sebelum melakukan sesuatu perbuatan adakah ia menuntu keredhaan Allah atau tidak agar amalan kita diterima aleh Allah.
No comments:
Post a Comment