Monday, December 20, 2010

Niat Ikhlas

Firman Allah:
Tiadalah mereka diperintah,kecuali uttuk menyembah  Allah dengan ikhlas dalam menjalankan agama  lurus,dan mendirikan solat dan mengeluarkan zakat .Itulah agama yang lurus.(Al Bayyinah 5)

Firman Allah:
Tidak sampai kepada Allah daging dan darah korban itu,tetapi yang sampai kepada Allah itu adlah taqwamu(Al Haj 37)

Firman Allah:
Katakanlah, jika kamu sembunyikan atau kamu terangkan apa dalam dada itu,tetap diketahui Allah(Ali Imran 29)

Hadis

Umar bin al Khattab r.a. berkata: saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesungguh sah atau tidak sesuatu amal, bergantung pada niat, Dan dia menerima  bagi tiap apa yang diniatkan. Maka siapa berhijrah sematan-mata kerana Allah dan Rasulnya.maka hijrah itu diterima oleh Allah dan Rasulnya. Dan sesiapa yang berhijrah kerana keuntungan dunia atau kerana perempuan maka hijrahnya  pada apa yang diniatkannya itu.

Setiap amalan atau perbuatan yang kita akan lakukkan akan dinilai melalui niat kita terutama perbuatan yang kita akan lakukan itu berbentuk ibadah iaitu untuk mengabdikan diri kita kepada Allah,mencari redha Allah.
Sesuatu perbuatan yang selalu kita lakukan seperti sembahyang apabila tiba waktu sentiasa akan dipesongkan oleh iblis sekiranya tidak berhati-hati.. Perhatikan niat anda sebelum melakukannya tumpukan pengharapan anda kepada Allah semata-mata setiap kali anda memulakan takbir dan perbuatan lainnya. Niat inilah yang menyebabkan amalan kita lakukan  itu diterima oleh Allah atau tidak.Buat apa-apa yang baik untuk dunia mu itu dengan semata-mata menuntut keredhaan dariNya . Mudahan kita berada dijalan yang benar.

Sebenarnya ada banyak bahasan tentang niat ini tetapi kali ini rasanya cukup di sini dahulu.
Oleh itu berhati-hatilah dalam hal kehidupan di dunia ini. Namun begitu segala niat yang baik ini dimulakan kepada tindakan yang bersesuaian dengan syarak. Sesuatu pekerjaan yang tidak bertepatan dengan hukum syarak dan melanggar syarak tetap berdosa.

No comments:

Post a Comment