Sunday, December 26, 2010

HERBA UNTUK DARAH TINGGI

Adakah anda seorang pengidap penyakit darah tinggi. ini suatu penyakit yang dikatogerikan penyakit yang bahaya. Setiap tahun pengidap darah tinggi ini semakin bertambah bilangannya. Pengidap pula tidak mengira umur sehingga kanak-kanak yang berumur bawah sepuluh tahun pun ada dicatatkan sebagai pengidap penyakit ini.
Darah tinggi ini dikatakan berkait rapat dengan kandungan kolestrol dalam darah.Orang-tua-tua kita dulu telah mengamalkan pemakanan bersumberkan tumbuh-tumbuhan yang ada disekitar mereka.Tubuh mereka sihat dan setengahnya kelihatan seperti muda walaupun telah berumur.

Menurut pakar herba beberapa tumbuhan mempunyai khasiat bagi menurunkan kandungan kolestrol dalam darah ini dan penyakit lainnya.
Di antaranya adalah daun mengkudu,buah mengkudu,mas cetek,timun,kulit pisang, sambung nyawa,cendawan, daun salery,

Pilihlah herba mana yang mudah didapati dan makanlah jadikan amalan.

Caranya
Ambil sehelai atau dua helai daunnya
Boleh direbus atau dimakan terus dibuat ulam atau diblander diminum airnya.
Jadikan aia amalan setiap hari Insyaalah penyakit darah tinggi akan turun.

Tuesday, December 21, 2010

Niat Ikhlas

        Setiap perkara yang dilakukan oleh kita tidak dapat lari dari apa yang telah kita niatkan di dalam hati. Niat adalah penyebab terbitnya segala perlakuan dan tingkahlaku manusia. samaada kita sedar tentang kebaikan apa yang kita hendak lakukan ataupun kita tidak sedar keburukannya. Niat banyak bergantung pada adat kebiasaan . Mang telah dilakukan. Ataupun mereka hanya meniru apa yang telah dilakukan . Golongan ini juga tidak banyak menggunakan akal mereka untuk membuat sesuautu yang boleh orang lainereka jenis ini tidak banyak berfikir ,mereka hanya mengikut rutin kebiasaan yadalah hasil dari apa yang ada di dalam hati iataru. Namun apabila kita melihat semula apa yang kita niatkan, sebenarnya ini memberikan suatu nafas baru kepada cara kita berfikir.Biasanya kita akan melakukan perkara yang sedikit berbeza atau berbeza dengan orang lain. Ini menunjukkan bahawa niat amat mempengaruhi cara kita bertindak. Melakukkan sesuautu perkara dengan niat yang betul dan ikhlas akan menyebabkan kita diberikan keberkatan dalam apa yang kita usahakan.
 Perlakuan atau tindakan itu mengikut apa yang diniatkan samaada perkara itu mendatangkan kebajikan dan manafaat diri atau sebaliknya. Di dalam Islam niat adalah suatu perkara yang dinilai oleh Allah SW. lebih-lebih lagi apabila hendak melakukan ibadah dan ketaatan kepadanya ia menjadi lebih dituntut untuk mengikhlaskan niatnya kepada Allah semata-mata. Orang -orang yang hampir kepada Allah selalunya menjaga niat mereka sebelum melakukan sesuatu tindakan. Mereka hanya menuntut keredhaan Allah semata-mata. Jika terlintas sesuatu niat yang tidak baik ,mereka menganggap itu suatu dosa kepada Allah dan mereka segera bertaubat.
        Islam memandang tinggi mereka yang berniat dengan ikhlas. Keikhlasan adalah suatu yang tidak dilihat atau rasa oleh orang lain melainkan diri sendiri. Oleh itu Na
pernah menyatakan perkara ini supaya kita berhati-hati dalam berniat.

Dari Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah saw,bersabda: Sesungguhnya Allah tidak melihat bentuk badan dan rupa kamu, tetapi memperhatikan niat dan keikhlasan hatimu.(Muslim)

Hadis:
Abu Musa(Abdullah) Bin Qais Al-Asj`ary r.a. berkata: Rasulullah saw ditanya tentang orang yang berperang kerana keberanian, dan kerana kebangsaan atau kerana kedudukan , yang manakah di antara semua itu yang dapat disebut fisabilillah?Jawab Nabi: Sesiapa yang berperang semata-mata untuk menegakkan kalimah Allah (agama Allah), maka itulah fisabilillah.(Bukhari,Muslim)

Niat yang letaknya di dalam hati ,tidak ada seorang pun manusia yang dapat mengetahui niat sesaorang melainkan Allah sahaja yang mengetahuinya.Melalui niat inilah Allah memperhitungkan amalan yang dilakukan dan dibalasinya, Jika sesuatu perbuatan itu atau amalan itu dilakukan dengan niat selain dari mendapat keredhaanNya atau ketaqwaan kepadaNya nescaya segala amalan itu tidak diberikan balasan olehnya. seperti sesuatu amaln itu dibuat dengan niat untuk mendapat pujian dari orang lain walaupun ia lakukan mengikut syarak sekalipun, contohnya mendermakan harta kepada fakir miskin. Orang yang demikian di hari akhirat kelak Allah akan perintahkan untuk mendapatkan balasan pahala dari orang yang dipertunjukkan itu semasa ia melakukan perbuatan itu.
               
Oleh itu kita hendaklah sentiasa berwaspada dengan niat yang ada di dalam hati kita sebelum melakukan sesuatu perbuatan adakah ia menuntu keredhaan Allah atau tidak agar amalan kita diterima aleh Allah.

Monday, December 20, 2010

Niat Ikhlas

Firman Allah:
Tiadalah mereka diperintah,kecuali uttuk menyembah  Allah dengan ikhlas dalam menjalankan agama  lurus,dan mendirikan solat dan mengeluarkan zakat .Itulah agama yang lurus.(Al Bayyinah 5)

Firman Allah:
Tidak sampai kepada Allah daging dan darah korban itu,tetapi yang sampai kepada Allah itu adlah taqwamu(Al Haj 37)

Firman Allah:
Katakanlah, jika kamu sembunyikan atau kamu terangkan apa dalam dada itu,tetap diketahui Allah(Ali Imran 29)

Hadis

Umar bin al Khattab r.a. berkata: saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesungguh sah atau tidak sesuatu amal, bergantung pada niat, Dan dia menerima  bagi tiap apa yang diniatkan. Maka siapa berhijrah sematan-mata kerana Allah dan Rasulnya.maka hijrah itu diterima oleh Allah dan Rasulnya. Dan sesiapa yang berhijrah kerana keuntungan dunia atau kerana perempuan maka hijrahnya  pada apa yang diniatkannya itu.

Setiap amalan atau perbuatan yang kita akan lakukkan akan dinilai melalui niat kita terutama perbuatan yang kita akan lakukan itu berbentuk ibadah iaitu untuk mengabdikan diri kita kepada Allah,mencari redha Allah.
Sesuatu perbuatan yang selalu kita lakukan seperti sembahyang apabila tiba waktu sentiasa akan dipesongkan oleh iblis sekiranya tidak berhati-hati.. Perhatikan niat anda sebelum melakukannya tumpukan pengharapan anda kepada Allah semata-mata setiap kali anda memulakan takbir dan perbuatan lainnya. Niat inilah yang menyebabkan amalan kita lakukan  itu diterima oleh Allah atau tidak.Buat apa-apa yang baik untuk dunia mu itu dengan semata-mata menuntut keredhaan dariNya . Mudahan kita berada dijalan yang benar.

Sebenarnya ada banyak bahasan tentang niat ini tetapi kali ini rasanya cukup di sini dahulu.
Oleh itu berhati-hatilah dalam hal kehidupan di dunia ini. Namun begitu segala niat yang baik ini dimulakan kepada tindakan yang bersesuaian dengan syarak. Sesuatu pekerjaan yang tidak bertepatan dengan hukum syarak dan melanggar syarak tetap berdosa.